Sunday, 15 January 2012

Rule of 72




Berapa tahun untuk menggandakan wang anda?




Teknik mengganda wang anda penting jika ingin mengumpul kekayaan.

Hukum 72 menjawab soalan berapa lama masa bagi menggandakan wang sekiranya diketahui tempat ia bakal disimpan. Contoh sekiranya disimpan dalam simpanan tetap, masa yang diperlukan adalah 72/4 iaitu 18 tahun.

Jadi bagi mengumpul kekayaan secepat mungkin dan juga selamat masanya mesti lebih pendek. Tiada gunanya ia sampai pada sasaran tetapi kita pula sudah tua.

Contohnya jangka masa dimahukan bukannya 18 tahun tetapi 6 tahun sahaja. Daripada hukum 72, pulangan yang diperlukan ialah (72/6 = 12 peratus). Instrumen kewangan yang sesuai adalah unit trust.