WASIAT

(Islamic Estate Planning)


Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Umar:
 Rasulullah S.A.W bersabda:
"Bukanlah seorang Muslim yang sebenar yang mempunyai harta untuk diwasiatkan untuk tidur dua malam kecuali wasiatnya sudah tertulis dan disimpan di bawah kepala"




BAGAIMANAKAH KONSEP PERANCANGAN HARTA PUSAKA ?

Bagi memastikan keperluan dan kehendak seseorang semasa hidup mencukupi maka kita sentiasa MENGUMPULKAN kekayaan (aset) seperti:
§Simpanan, Pelaburan, Emas, Barangan Berharga;
§Kereta, Motorsikal, Jet Peribadi;
§Rumah Kediaman, Tanah, Rumah Sewa;
§Dan sebagainya.
  Kita turut MELINDUNGI kekayaan (aset) yang kita miliki dengan pelbagai instrumen perlindungan bagi menjamin masa depan kita seperti:
§Insurans Kesihatan;
§Insurans Am (Harta Benda);
§Insurans Kemalangan, Takaful;
§Dan sebagainya.
Justeru, bagi melengkapkan perancangan kewangan kita perlulah MELINDUNGI kekayaan (estet) yang kita miliki agar diwarisi kepada waris yang berhak selepas kematian kita.

SEMASA HIDUP (FULL Ownership)
   §Simpanan, KWSP, ASB, Pelaburan, Emas;
   §Kereta, Rumah, Tanah;
   §Insurans, Takaful;
   §Dan sebagainya.




 
 SELAPAS KEMATIAN (Estate)
§Simpanan, KWSP, ASB, Pelaburan, Emas (dibekukan)
§Kereta, Rumah, Tanah (tidak boleh dipindah milik)
§Insurans, Takaful (tidak diagihkan mengikut syara’)
§Dan sebagainya.






Only RIGHT no Ownership

BOLEHKAH KELUARGA ANDA HIDUP TANPA TUNAI ?

MENGAPA SEMAKIN RAMAI MUSLIM PRIHATIN UNTUK MENYEDIAKAN WASIAT ?

      1. Mengelakkan timbul Masalah berkaitan Harta Pusaka


      1. Memastikan Harta Pusaka diberi kepada yang tersayang


      1. Mengelakkan pertelingkahan dikalangan keluarga


    1. Perancangan Kewangan Menyeluruh

Wasiat adalah pengakuan seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk digunakan bagi tujuan kebajikan atau apa-apa tujuan yang dibenarkan oleh Undang-undang Islam, selepas kematiannya. Aset orang Islam yang meninggal dunia tanpa membuat Wasiat akan diagihkan kepada waris-waris mengikut Faraid iaitu Undang-undang Pewarisan Islam.

" Ramai muslim berfikir bahawa segala aset mereka dilindungi dan akan dibahagikan kepada waris secara terus apabila mereka meninggal dunia tanpa perlu menulis wasiat. Tetapi ia bukan realiti sebenar  "

Sebenarnya TIDAK !!


Kisah Benar :  
KES 1
Saya terpaksa menunggu selama 7 tahun untuk mendapat harta arwah ayah saya, malah kami terpaksa berlawan kes dengan saudara ayah saya untuk menuntut RUMAH KEDIAMAN kami sendiri!!.....ARIFF, Bangi.


KES 2
8 Tahun baru ibu dapat merasai simpanan arwah ayah saya di ASB dan Tabung Haji serta tempat simpanan lain. Ibu terpaksa bekerja selama 8 tahun demi menanggung kehidupan kami sekeluarga!!....SHAH, Terengganu.

PENGURUSAN HARTA PUSAKA 

Pentadbiran dan Pembahagian Harta

  1. Apabila berlaku kematian, aset seseorang individu akan dibekukan

  2.    Bagaimana mencairkan Harta Pusaka?


KENAPA PERLU MERANCANG ?

PROSEDUR MENCAIRKAN HARTA PUSAKA




PERBEZAAN JANGKA MASA



Lapan Sebab Mengapa Kita Patut Membuat Wasiat 

Amanat terakhir si-mati  kepada keluarga wajar dimasukkan dalam wasiat


1. Perlantikan Wasi Pentadbir Harta)
Pewasiat mempunyai kuasa melantik Wasi seperti yang dinamakan dalam surat wasiatnya bagi menguruskan pengagihan hartanya kepada pewaris atau orang yang wasiatkan. Hak ini terbatal dengan sendirinya apabila seseorang meninggal dunia tanpa membuat wasiat. Maka adalah menjadi tanggungjawap pewaris berkumpul bagi melantik pentadbir dan seterusnya bagi mendapatkan Surat Kuasa mentadbir.

Ini bermakna proses penyelesaian hutang si-mati dan pengahihan harta kepada si-mati dapat dilaksanakan lebih cepat dengan adanya wasiat.

2. Hak Si-Mati Memberi 1/3 Harta Kepada Bukan Waris

Pewasiat berhak berwasiat bagi membahagikan 1/3 daripada hartanya kepada bukan waris - contohnya anak angkat, bapa angkat, ibu-bapa bukan Islam, masjid, rumah anak yatim dan sekolah ugama. Apabila meninggal dunia, hak membahagikan harta kepada bukan waris tidak ada lagi. Harta si-mati 100% menjadi hak waris seperti anak kandung, ibu-bapa dan isteri. 

Sekiranya kita berhajat hendak membahagikan harta kepada bukan waris, maka hendaklah kita menulis wasiat.

3. Memberi Isteri Harta Lebih Daripada 1/8

Mengikut Hukum Faraid, suami yang meninggalkan isteri dan anak, maka hak isteri terhadap harta suami adalah 1/8. Suami boleh memberi lebih 1/8 harta kepada isterinya jika ia membuat wasiat (dengan andaian semua waris mematuhi wasiatnya). Tetapi, jika suami tidak meninggalkan wasiat, isteri akan mendapat 1/8 harta suaminya itu iaitu berdasarkan Hukum Faraid. Ini kerana semua waris mempunyai hak mutlak ke atas harta si-mati

4. Memastikan Harta Dapat Kepada Anak Perempuan

Mengikut Hukum Faraid, suami yang meninggalkan isteri dan beberapa anak perempuan tanpa ada waris lelaki, maka sebahagian daripada hartanya akan menjadi milik Baitul-Mal. (Hak isteri hanya 1/8 dan hak anak-anak perempuan adalah 2/3 di bawah Faraid). 

Sekiranya suami mahukan kadar pembahagian harta mengikut kehendaknya, maka wajar suami/bapa membuat wasiat semasa hidup

5. Mengamankan Roh Si-Mati

Apabila wasiat ditulis, adalah menjadi tugas Wasi dan waris menyelesaikan hutang si-mati dunia dan akhirat sebelum harta diagihkan kepada pewaris atau orang yang diwasiatkan. Hutang dunia termasuklah hutang dengan bank dan hutang dengan kawan-kawan. Hutang akhirat termasuklah belum naik haji, hutang puasa, nazar dan zakat. Hutang si-mati hanya dapat diselesaikan apabila wasi dan waris mengetahui jumlah harta seperti yang dinyatakan dalam wasiatnya.

Tanpa menulis wasiat, waris-waris mungkin tidak dapat menyelesaikan hutang si-mati kerana tidak mengetahui jumlah dan lokasi harta si mati.

6. Mempercepatkan Pembahagian Harta Kepada Waris

Surat Wasiat dapat memudah dan mempercepatkan pembahagian harta kepada waris. Ini kerana kadar pembahagian harta kepada setiap waris dinyatakan dengan jelas dalam wasiat. Sebaliknya, persetujuan waris diwajibkan sebelum harta diagihkan kepada waris

7. Mengurangkan Perbalahan Di Kalangan Keluarga

Wasiat dapat mengurangkan perbalahan di kalangan keluarga mengenai harta si-mati. Biasanya kaum keluarga akan menghormati wasiat si-mati mengenai harta yang hendak dibahagikan kepada penerimanya. Biasanya perbalahan akan berlaku di kalangan ahli keluarga bagi berebut harta pusaka kerana si-mati tidak meninggalkan wasiat bertulis.

8. Menyampaikan Pesanan Terakhir

Pewasiat boleh memberi pesanan atau amanat terkhirnya dalam wasiatnya dan tidak hanya berwasiat bagi mengagihkan harta. Antara pesanan terakhir yang boleh ditulis ialah supaya isteri, anak dan cucu sentiasa mengamalkan suruhan ugama, mematuhi nasehat orang tua, sentiasa berbuat baik kepada kedua ibu-bapa, mendoakan kebaikan kepada roh pewasiat.

Tanpa Wasiat bertulis, mungkin pewasiat tidak sempat menyampaikan pesanan terakhirnya. Ini kerana tidak siapa tahu bila dia akan meninggal dunia.


Adakah Anda tahu bahawa harta anda akan susut nilai sehingga 40% kerana tekanan jualan, cukai dan pemiutang?


KELUARGA ANDA BERADA DI KEDUDUKAN TERAKHIR !




ADAKAH ANDA MAHU MEMUDAHKAN PENGAGIHAN HARTA MENGIKUT KEHENDAK ANDA ?

Kenapa Memilih Kami ?
  1. Sistem pengurusan Harta Pusaka Islam dengan menyeluruh
  2. Dibawah  nasihat Penasihat Syariah Bank Negara
  3. MURAH ! sekali bayar sahaja seumur hidup serta memudahkan pengurusan pembahagian harta
  4. PROFESSIONAL
  5. Berpengalaman luas dalam pembahagian Harta Islam
  6. Wakil kami akan terus ke rumah anda membacakan wasiat anda kepada waris
  7. Mempunyai 2 kad identiti penyimpanan (Owner dan waris)
  8. Buku  Senarai Harta Peribadi (Yearly Updated)


WASIATKAN SEGERA SEMUA HARTA ANDA

Semua Pembahagian harta akan diagihkan dengan selamat kepada pewaris yang layak dan mengambil masa hanya 6 bulan ke 18 bulan sahaja.