Sunday, 15 January 2012

Apakah yang dimaksudkan dengan Unit Dana Amanah?



Apakah itu Unit Dana Amanah?

Unit dana amanah, juga dikenali sebagai pelaburan terancang, membolehkan anda bersama-sama pelabur lain berkongsi pelaburan dalam satu jumlah yang besar untuk membolehkan unit dana amanah membeli pelaburan yang diuruskan oleh pasukan professional.

Pelaburan Terus VS Dana Unit Amanah. Kelebihan dan kekurangannya?

Apabila anda telah memutuskan untuk melabur, anda boleh memilih untuk melabur secara terus atau pun melalui unit amanah. Yang mana cara paling sesuai adalah bergantung kepada keperluan pelaburan individu. Bagaimanapun, menggunakan pengurus dana professional membolehkan pulangan jangka masa panjang yang lebih baik.

Pengurus dana adalah berkelebihan berbanding pelabur individu kerana:

• Portfolio mereka direka menggunakan falsafah pelaburan yang konsisten.
• Pengurus dana memiliki akses maklumat yang jauh lebih baik termasuk dengan wakil syarikat, pesaing dan pelanggan berbanding pelabur individu.
• Pengurus dana mengupah professional pelaburan untuk memantau pasaran pelaburan dan kesan arah tuju pembangunan ekonomi terhadap pasaran.
• Saiz portfolio yang besar memudahkan pengurus dana untuk mengurangkan risiko melalui kepelbagaian pelaburan. Mereka juga boleh mengurangkan risiko dengan mengamalkan teknik pengurusan risiko yang sofistikated melibatkan terbitan, dan
• Pengurus dana memiliki skala ekonomi untuk mengurankan perbelanjaan melalui kos transaksi yang rendah. Sebagai contoh, pengurus dana pada kebiasaannya membayar komisen yang rendah kepada broker saham.

Prestasi Tinggi hanyalah salah satu kelebihan unit dana amanah.

Unit amanah bukan sekadar menyasarkan pulangan tinggi tetapi memperuntukkan pelabur dengan
• Pentadbiran dan laporan lengkap. Termasuk pengiraan pulangan pelaburan dan peruntukan panduan cukai individu.
• Maklumat terkini tentang prestasi dana.
• Pegawai khidmat pelanggan yang terlatih.
• Akses ke dana dengan cepat dan mudah .
• Mudah.

Siapa paling sesuai untuk Unit Amanah ?

Unit amanah adalah pilihan yang pelaburan yang mudah dan selesa bagi mereka yang cenderung kepada pelaburan jangka panjang tetapi tidak memiliki masa, keinginan dan kepakaran untuk melabur secara terus ke dalam pasaran kewangan.

Unit amanah secara khususnya bersesuaian untuk pelabur kali pertama dan kecil di mana ia memberikan peluang untuk mengasaskan kepelbagaian portfolio aset dengan jumlah wang yang kecil.
Bagaimanapun, pelabur besar juga boleh mendapatkan faedah dari unit amanah kerana ia menyediakan akses untuk kepakaran pengurus pelaburan professional

Apa kaitan Unit Amanah dan masa depan kita?

Dalam kuasa beli kita bergantung kepada kadar inflasi, nilai ringgit pada hari ini tidak akan sama pada masa akan datang. Sebagai contoh, beberapa tahun lepas seketul kuih boleh dibeli pada harga 10 sen dan 20 sen. Tetapi pada hari ini harga seketul kuih adalah dalam 50 sen. Sekiranya, kita menyimpan di dalam simpanan tetap pada kadar 3.3% setahun, dan inflasi yang dilaporkan adalah 5.4%, setiap tahun kita masih kekurangan nilai ringgit sebanyak 2.1% untuk mengimbangi kadar inflasi. Secara mudahnya, nilai duit kita semakin mengecil dan kemampuan untuk berbelanja semakin sempit.