Monday, 6 February 2012

Sejarah Industri Unit Amanah di Malaysia

Mengikut sejarah, skim unit amanah (SUA) yang pertama di dunia, The Foreign and Colonial Government Trust, diasaskan di London pada tahun 1868 namun SUA pada waktu itu tidak sepopular SUA pada masa kini. Di Amerika Syarikat, satu skim pelaburan berkelompok (collective investment scheme) yang menyerupai SUA menjadi popular sekitar tahun 1950an – iaitu satu syarikat pelaburan “open-end” dikenali sebagai “mutual fund“. Hanya pada tahun 60-an dan 70-an, SUA menjadi sebutan ramai termasuk di negara-negara seperti United Kingdom dan Australia. Di Malaysia, konsep SUA ini diperkenalkan secara relatifnya lebih awal dari negara-negara jiran Asianya bila pada tahun 1959 unit amanah diperkenalkan oleh sebuah syarikat yang dipanggil Malayan Unit Trust Berhad. Perkembangan Unit Amanah di Malaysia boleh dibahagikan kepada era-era seperti dibawah: Era Permulaan – 1959 hingga 1979 Dua dekad pertama pengenalan unit amanah di Malaysia boleh dikatakan perkembangannya agak perlahan dengan perkembangan jualan unit yang rendah dan kurangnya kesedaran tentang produk baru pelaburan. Industri ini juga dikawal oleh beberapa pihak termasuk Bank Negara Malaya, Pendaftar Syarikat dan Pemegang Amanah Awam. Kronologi Unit Amanah di Malaysia pada era ini seperti berikut: 1959 – Malayan Unit Trust Berhad merupakan Syarikat Pengurusan Unit Amanah (UTMC) yang pertama ditubuhkan. SUA pertama diperkenalkan adalah First Malayan Fund yang mempunyai tempoh hayat yang terhad iaitu 10 tahun sahaja. 1965 – Berikutan pemisahan Singapura dari Malaysia, Malayan Unit Trust Berhad dipecahkan kepada 2 bahagian dimana entiti Malaysia diambil alih oleh Asia Unit Trust Berhad, anak syarikat Soutrh East Asia Development Corporation Berhad (SEACORP) 1966 – Malaysian Investment Fund, SUA pertama milik Malaysia sepenuhnya dilancarkan oleh Asia Unit Trust Bhd pada 2 Disember 1966 1967 – Amanah Saham Mara Bhd melancarkan First MARA Bumiputra Fund utk memenuhi keperluan pelabur Bumiputra pada 24 Jun 1967 1974 – Amanah Saham Pahang Berhad, UTMC milik kerajaan negeri yang pertama ditubuhkan 1975 – Kuala Lumpur Mutual Fund Berhad (sekarang dikenali sebagai Public Mutual Berhad, syarikat UTMC swasta yang terbesar ketika ini) ditubuhkan 1979 – Kerajaan membuat keputusan untuk menjadikan SUA sebagai alat untuk mencapai sasaran membahagikan kekayaan negara di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB). Melalui SUA, kerajaan berhasrat mencapai objektif DEB dengan meningkatkan pemilikan saham bumiputra dalam syarikat-syarikat awam dan sendirian berhad kepada minimum 30 % pemilikan ekuiti syarikat terbabit Era 1980 hingga 1990 Dalam tempoh ini satu jawatankuasa, Jawatankuasa Dana Unit Amanah diasaskan untuk mengawal selia industri unit amanah. Jawatankuasa ini dianggaotai perwakilan dari Bank Negara, Capital Issues Committee (CIC), Pemegang Amanah Awam Malaysia dan Pendaftar Syarikat. Lain2 peristiwa bagi tempoh ini: 1981 - Permodalan Nasional Berhad (PNB) melancarkan unit amanah pertama khusus untuk bumiputra iaitu Amanah Saham Nasional yang dijual dengan harga RM 1. Harga ini tidak berubah hingga tahun 1990. 1989 – Real Estate Investment Trust (REIT) pertama yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia dilancarkan oleh AMProperty Trust Management Bhd. 1990 – ASB dilancarkan oleh PNB Era 1991 hingga kini Era ini menyaksikan pertumbuhan pesat industri unit amanahdengan pengenalan syarikat-syarikat unit amanah yang baru dan pertumbuhan dana unit yang diuruskan oleh syarikat terbabit. Pengenalan Garis Panduan Dana Unit Amanah yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 meningkatkan kesedaran tentang pelaburan unit amanah dan menyumbang kepada pertumbuhan pesat menjelang Krisis Kewangan Asia 1997. Pasca krisis 1997, penambahan dana yang diuruskan masih berterusan. Nilai keseluruhan dana yang diuruskan berkembang dari RM 15.72 billion pada akhir 1992 kepada RM 59.95 billion pada akhir 1996.(Sumber: FIMM – Dealing in Unit Trust) Potensi Pasaran Industri Unit Amanah tempatan merupakan industri yang bernilai berbilion-bilion ringgit (multi-billion industry) dengan potensi yang amat luas sama ada pasaran tunai mahupun KWSP. Bagi pasaran tunai, Laporan Bank Negara (November 2008) menunjukkan jumlah bagi deposit permintaan dan simpanan individu secara konvensional dan Islam adalah sebanyak lebih daripada RM347 Billion. Sementara kadar simpanan nasional terus menunjukkan kadar yang tinggi iaitu sebanyak 37%. (Sumber : Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia) Berdasarkan Laporan Tahunan KWSP 2008, jumlah keahlian KWSP kini mencecah 12.07 juta ahli pada 31 Disember 2008 dengan jumlah bilangan ahli aktif (ahli yang masih mencarum) seramai 5.71 juta tahun 2008. Jumlah dana pelaburan KWSP pula telah mencecahRM342.01 Bilion pada tahun 2008. (Sumber : KWSP)

Sunday, 15 January 2012

Kesabaran

SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA.............


Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu.
Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...

Motivasi Diri

Guru boleh ditemui di sekolah dan di rumah, bagaimanapun, guru terbaik ialah pengalaman-pengalaman kita sendiri". - Dr HM Tuah


"Bahaya yang paling berbahaya dalam hidup bukanlah ketika gagal tetapi gagal untuk mencuba lagi setelah gagal". - Dr HM Tuah


"Perlu berhemah ketika berbelanja kerana kekayaan adalah tentang berapa banyak yang kita simpan". - Irfan Khairi


"Seseorang yang ingin cemerlang dalam apa jua bidang mesti ada guru dan mesti berguru. Dan ini yang orang kadang-kadang terlepas pandang". - Dato' Dr Fadzillah Kamsah


"Lalu terjumpa satu formula kejayaan di mana lebih banyak buku yang saya baca, maka saya bertambah kaya". - Azizi Ali


"Bila kita berjaya, kejayaan kita itu dengan sendirinya akan menjawab, kita tak ada masa nak pergi jumpa tiap orang berbahas, menceritakan apa yang kita nak buat". - Chef Li


"Kejayaan bukan bergantung pada nasib, tapi usaha. Kita yang merancang kejayaan, setapak demi setapak". - Dato' Hussamuddin Yaacob

How to calculate service charge?

Below is an example of how the calculation is done when the fund service charge (sales charge) is 6.5% :

Initial investment = RM10,000.
NAV per unit = RM0.5000.


Service charge per unit :
= NAV per unit x Service Charge (%)
= RM0.5000 x 6.5%
= RM0.0325

Total service charge incurred :
= Service charge per unit + NAV
= RM0.0325 + RM0.0500
= RM0.5325

Units credited to your account :
= Initial invested /NAV per unit
= RM10,000/RM0.5325
= 18,779.342 units

Nett amount invested :
= NAV x Total units
= RM0.5000 x 18,779.324
= RM9389.662

Total service charge :
= Initial invested - Nett amount invested
= RM10,000 - RM9389.662
= RM610.338

Rule of 72




Berapa tahun untuk menggandakan wang anda?




Teknik mengganda wang anda penting jika ingin mengumpul kekayaan.

Hukum 72 menjawab soalan berapa lama masa bagi menggandakan wang sekiranya diketahui tempat ia bakal disimpan. Contoh sekiranya disimpan dalam simpanan tetap, masa yang diperlukan adalah 72/4 iaitu 18 tahun.

Jadi bagi mengumpul kekayaan secepat mungkin dan juga selamat masanya mesti lebih pendek. Tiada gunanya ia sampai pada sasaran tetapi kita pula sudah tua.

Contohnya jangka masa dimahukan bukannya 18 tahun tetapi 6 tahun sahaja. Daripada hukum 72, pulangan yang diperlukan ialah (72/6 = 12 peratus). Instrumen kewangan yang sesuai adalah unit trust.

Retiring in Style


People need to change their mindsets and not rely on just their EPF savings to see them through retirement, says Tan Beng Wah, CEO of CIMB Wealth Advisors Bhd. PIX COURTESY OF CWA
PEOPLE want to be able to spend their golden years comfortably, but often underestimate the many complex issues related to retirement, which often go beyond the financial.
Tan Beng Wah, chief executive officer of CIMB Wealth Advisors Bhd (CWA), spoke to theSunrecently about what retirement means in today’s world. His first observation is that most people are underprepared for retirement, due to several misconceptions, or ‘disconnects’.
“If you look at the current environment, there are some fundamental disconnects,” he said. “As you progress in life, most people generally improve in terms of their income, whether they are businessmen or employees; by the time you retire, your income is much higher, and therefore, you will be enjoying a different lifestyle.
“You would hope that when you retire, you will be able to enjoy a similar sort of lifestyle, but unfortunately, most people’s retirement savings is from the EPF, which is a proportion of their income.”
Very few people think about having alternate forms of retirement funds, and although more people are beginning to realise they should have additional savings, they tend to have unrealistic expectations about the amount they need to keep aside in order to retire comfortably.
“Let’s say someone thinks they can retire on RM5,000 a month in Kuala Lumpur,” Tan said. “Okay, but if this person is 30, and wants to retire at 40; that’s 10 years from now. Then you ask them how much they are willing to put aside every month for their retirement fund, and it turns out to be RM500.
“RM500 must transform into RM5,000 a month within 10 years. Can you see the problem there?”
While this is an extreme example, it does embody the attitude of many people out there.
Tan also says people rely too much on their EPF savings, not realising that they will probably outlive their savings. “EPF was set up in 1951 when the average lifespan was 55 years, meaning that you retire, and then you would have money to live comfortably for a few more years.
“Today, our lifespan average is 75 years for men, 79 for women. Hence, the savings that you have should be enough to accommodate another 20 to 25 years of living, which is where the reality is. It’s a huge problem.”
The youth mindset
The reason for the disconnect, according to Tan, is easy to pinpoint. “It’s the fault of the parents!” he exclaims. “Even children of today who don’t come from very high income families have never wanted, have never gone hungry. Whatever they want, they will get.”
Because of this, not many young people today understand the value of savings and often do not have any.
“We’ve created a generation of children that are not very independent, and who expect to be taken care of. It’s the fault of the parents, not the children. They were brought up in that environment and therefore they don’t think of their future.”
This sort of mindset often makes it challenging to get young people to understand that they have to save first before they can start spending.
The rising cost of living and currency inflation have also contributed to money losing its value compared to one generation ago.
“Take someone earning a salary of RM3,000. You ask them to save 10%, that’s RM300, it’s a huge sacrifice for them. But if you look at it, what can that RM300 buy today? So they get very discouraged. But nevertheless, the reality is that if you don’t save that RM300, you won’t save anything.”
According to Tan, a good rule of thumb is that people should have at least six months’ salary in savings. Anything beyond that, they can begin to look into investments to grow their wealth.
“There are so many ways excess cash can be invested, in order to grow their wealth for the future,” Tan says. “The issue is, how much risk is a person willing to take. But in general, young people can take more risks.
“And as to how much a person should set aside for investment, it’s entirely what they are willing to put aside.
This is what we call ‘opportunity costs’; if I invest or save this amount, then I’m giving up the opportunity to spend it on something else.”
Important questions
There are several important questions to be asked when people want to determine how much they need to retire.
Firstly, when do they want to retire? For some people, it might be at age 55, while others want to retire at 40, or believe they can work until they are 60.
However, they should also consider the second question: how long do they expect to live after their retirement? They will need to be able to support themselves during those interim years using their retirement fund.
Thirdly, what sort of lifestyle do they want to lead after retirement? Most want to be able to enjoy themselves fully, travelling the world or pursuing their lifelong interests.
But they should also consider other issues, including their health and their social network of friends.
To Tan, the most important aspect of planning for retirement is going beyond the numbers. “This country has a lot of problems when dealing with retirement,” he said.
“Retirement and ageing go beyond money. The qualitative and quantitative have to be considered together. You can’t just talk about the material aspects, and not talk about the social aspects and quality of life.
“I wish that people talked more about these kind of things, and not just ask about the numbers.”

Pelan Perlindungan dan Simpanan

Impian kewangan anda tidak pernah terhenti walaupun anda melangkah ke fasa hidup yang berbeza. Menyimpan untuk impian kewangan anda adalah mudah sekiranya anda merancang kewangan anda terlebih dahulu dan dengan menyediakan wang sampingan tetap untuk rancangan tersebut. Memperkenalkan A-Excel, penyelesaian kewangan lengkap yang menggabungkan perlindungan takaful dan simpanan dalam satu pelan. A-Excel boleh membantu anda mencapai impian kewangan anda seperti tanggungan pendidikan anak-anak, modal untuk perniagaan sendiri ataupun persediaan untuk persaraan.

Apakah itu A-Excel?

A-Excel adalah pelan takaful caruman tetap yang akan matang di hujung tahun ke 20 sijil dengan bayaran caruman selama 20 tahun. la menyedíakan perlindungan takaful diatas kematian ataupun orang dilindungi mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal.

Contoh : Jika anda mengambil perlindungan (sum covered) RM200K, maka setiap 2 tahun anda akan mendapat RM20K. Sehingga tahun ke 20. Atau perlindungan min RM30K anda boleh mendapatkan RM3K setiap 2 tahun secara konsisten.

FAEDAH
Apakah perlindungan faedah yang disediakan?

Pelan ini menyediakan:

Faedah Kematian
Sekiranya berlaku kematian orang dilindungi sebelum tarikh matang sijil dan semasa sijil masih berkuatkuasa, jumlah perlindungan asal dan nilai di dalam akaun peserta ("Nilai Akaun Peserta") akan dibayar. Sekiranya orang dilindungi adalah kanak-kanak, jumlah perlindungan asal yang akan dibayar adalah berdasarkan Peratusan Lien Juvenil seperti yang ditunjukkan seperti dibawah:

Kurang dari 1 tahun 20%
1 tahun 40%
2 tahun 60%
3 tahun 80%
4 tahun atau ke atas 100%


Faedah Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD)

Sekiranya anda hilang upaya menyeluruh dan kekal sebelum umur 60 tahun, Nilai Akaun Peserta berserta jumlah sekaligus yang didahulukan sama ada bersamaan dengan 100% jumlah perlindungan TPD atau 10% dari jumlah perlindungan TPD untuk tempoh dua(2) tahun pertama, diikuti dengan baki 80% pada tahun ketiga, bergantung kepada punca kehilangan upaya tersebut, akan dibayar.

Faedah Kematangan
Nilai Akaun Peserta akan dibayar jika sijil masih berkuatkuasa dan orang yang dilindungi masih hidup semasa tarikh matang.

Adakah saya dibenarkan untuk melampirkan sebarang rider ke pelan ini?
Anda boleh memilih untuk meningkatkan lagi perlindungan takaful anda dengan menambahkan perlindungan tambahan yang terdiri daripada pelbagai pilihan faedah kami dibawah:

1) Faedah Kehidupan
Kami akan membayar anda Faedah Kehidupan sebanyak 10% darijumlah perlindungan asal pada setiap penghujung dua (2) tahun sijil sehingga sijil anda matang. Anda boleh memilih untuk menerima Faedah Kehidupan tersebut ataupun menyimpannya dengan kami untukmenerima keuntungan yang akan dikongsi di antara Pengendali Takaful dan anda dengan nisbah 20:80.

Secara ringkasnya, setiap 2 tahun anda boleh keluarkan 10% dari jumlah asal. Sekiranya anda membeli jumlah RM30000, maka setiap 2 tahun boleh keluarkan RM3000.

2) Penepian Caruman Penyakit Kritikal
Mengenepikan dan membayar caruman tetap sijil asas dan Faedah Kehidupan (jika dilampirkan) atas nama peserta sekiranya orang dilindungi didiagnosiskan menghidap penyakit kritikal yang tertentu atau menjalani sebarang pembedahan yang dilindungi.

3)Faedah Pencarum (CB) dan Faedah Pencarum untuk Penyakit Kritikal (CB-CI)
Sekiranya pencarum meninggal dunia, hilang upaya menyeluruh dan kekal atau didiagnosiskan menghidap penyakit kritikal atau menjalani pembedahan untuk salah satu dari 35 penyakit kritikal fiika CB-CI dilampirkan) seperti yang tersenarai di dalam sijil takaful, sebelum pencarum mencapai umur 60 tahun ataupun tarikh tamat rider, yang mana terdahulu,
semua caruman akan datang untuk sijil asas dan Faedah Kehidupan (jika dilampirkan) tidak perlu dibayar sehingga kanak-kanak tersebut mencapai umur 25 tahun.

KELAYAKAN
Adakah saya layak memohon A-Excel?
Pelan ini boleh disertai oleh individu yang berumur diantara umur 4 minggu hingga 65 tahun, tertakluk kepada kelulusan pengunderaitan kami.

JUMLAH PERLINDUNGAN
Berapakah jumlah perlindungan minimum?
RM30,000

CARUMAN
Berapa lamakah tempoh bayaran caruman bagi A-Excel?
Caruman perlu dibayar selama 20 tahun sijil ataupun sehingga kematian orang dilindungi, yang mana terdahulu.

Jadi apa tunggu lagi? Mulakan menyimpan sekarang disamping melindungi diri anda dengan AIA-AFG Takaful.

Apakah yang dimaksudkan dengan Unit Dana Amanah?



Apakah itu Unit Dana Amanah?

Unit dana amanah, juga dikenali sebagai pelaburan terancang, membolehkan anda bersama-sama pelabur lain berkongsi pelaburan dalam satu jumlah yang besar untuk membolehkan unit dana amanah membeli pelaburan yang diuruskan oleh pasukan professional.

Pelaburan Terus VS Dana Unit Amanah. Kelebihan dan kekurangannya?

Apabila anda telah memutuskan untuk melabur, anda boleh memilih untuk melabur secara terus atau pun melalui unit amanah. Yang mana cara paling sesuai adalah bergantung kepada keperluan pelaburan individu. Bagaimanapun, menggunakan pengurus dana professional membolehkan pulangan jangka masa panjang yang lebih baik.

Pengurus dana adalah berkelebihan berbanding pelabur individu kerana:

• Portfolio mereka direka menggunakan falsafah pelaburan yang konsisten.
• Pengurus dana memiliki akses maklumat yang jauh lebih baik termasuk dengan wakil syarikat, pesaing dan pelanggan berbanding pelabur individu.
• Pengurus dana mengupah professional pelaburan untuk memantau pasaran pelaburan dan kesan arah tuju pembangunan ekonomi terhadap pasaran.
• Saiz portfolio yang besar memudahkan pengurus dana untuk mengurangkan risiko melalui kepelbagaian pelaburan. Mereka juga boleh mengurangkan risiko dengan mengamalkan teknik pengurusan risiko yang sofistikated melibatkan terbitan, dan
• Pengurus dana memiliki skala ekonomi untuk mengurankan perbelanjaan melalui kos transaksi yang rendah. Sebagai contoh, pengurus dana pada kebiasaannya membayar komisen yang rendah kepada broker saham.

Prestasi Tinggi hanyalah salah satu kelebihan unit dana amanah.

Unit amanah bukan sekadar menyasarkan pulangan tinggi tetapi memperuntukkan pelabur dengan
• Pentadbiran dan laporan lengkap. Termasuk pengiraan pulangan pelaburan dan peruntukan panduan cukai individu.
• Maklumat terkini tentang prestasi dana.
• Pegawai khidmat pelanggan yang terlatih.
• Akses ke dana dengan cepat dan mudah .
• Mudah.

Siapa paling sesuai untuk Unit Amanah ?

Unit amanah adalah pilihan yang pelaburan yang mudah dan selesa bagi mereka yang cenderung kepada pelaburan jangka panjang tetapi tidak memiliki masa, keinginan dan kepakaran untuk melabur secara terus ke dalam pasaran kewangan.

Unit amanah secara khususnya bersesuaian untuk pelabur kali pertama dan kecil di mana ia memberikan peluang untuk mengasaskan kepelbagaian portfolio aset dengan jumlah wang yang kecil.
Bagaimanapun, pelabur besar juga boleh mendapatkan faedah dari unit amanah kerana ia menyediakan akses untuk kepakaran pengurus pelaburan professional

Apa kaitan Unit Amanah dan masa depan kita?

Dalam kuasa beli kita bergantung kepada kadar inflasi, nilai ringgit pada hari ini tidak akan sama pada masa akan datang. Sebagai contoh, beberapa tahun lepas seketul kuih boleh dibeli pada harga 10 sen dan 20 sen. Tetapi pada hari ini harga seketul kuih adalah dalam 50 sen. Sekiranya, kita menyimpan di dalam simpanan tetap pada kadar 3.3% setahun, dan inflasi yang dilaporkan adalah 5.4%, setiap tahun kita masih kekurangan nilai ringgit sebanyak 2.1% untuk mengimbangi kadar inflasi. Secara mudahnya, nilai duit kita semakin mengecil dan kemampuan untuk berbelanja semakin sempit.

Wealth for Retirement

Apa itu Pendapatan Aktif dan Pendapatan Pasif?

Pendapatan Aktif dibayar berdasarkan masa bekerja, hampir 80 peratus orang kerja makan gaji. Pendapatan Pasif diperoleh dengan bekerja sekali dengan penuh kemudian menerima bayaran tanpa henti, cuma 20 peratus menggunakan kaedah ini. Lebih besar pendapatan pasif semakin banyak masa yang akan bakal diperoleh bersama keluarga dengan wang masih masuk ke akaun bank. Kalau bercuti enam bulan terus menerus pun wang masih masuk.


Rahsia kekayaan yang sebenar bukanlah terletak kepada berapa banyak wang yang dimiliki tetapi kebebasan yang miliki. Ada orang banyak harta tetapi sentiasa sibuk dan tiada masa untuk melakukan kegiatan yang disukai. Contohnya mereka tidak bebas untuk melihat anak-anak membesar, bersarapan pagi selama dua jam, bersantai di tempat peranginan tanpa risau memikirkan soal operasi pejabat.



Sebagai contoh kita lihat kes seorang doktor pakar . Memang pendapatan secara mutlak tinggi tetapi POTENSI pendapatan mereka ada hadnya. Dalam masa 24 jam sehari mereka hanya boleh berjumpa sejumlah tertentu pesakit sahaja dan mesti berjumpa dengan setiap pesakit tersebut. Dalam erti kata lain mesti aktif atau berada di situ. Tiada beza juga jika kita bandingkan dengan pegawai korporat atau kerajaan, peguam atau jurujual berkomisen. Kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai pendapatan pasif. Mereka memang nampak kaya, tetapi sebenarnya mereka tetap bergantung kepada gaji atau komisen. Ada yang cuba mengatasi kelemahan ini dengan menggunakan model agensi berkomisen dipanggil "overiding". Tetapi pelanggan masih dimiliki syarikat prinsipal. Bererti kalau meninggalkan syarikat, komisen hilang, nilai aset pelanggan langsung menjadi sifar kerana diambil alih oleh syarikat.


Apa yang diceritakan setakat ini boleh dibaca dengan lebih terperinci dalam buku "Rich Dad Poor Dad" hasil nukilan Robert Kiyosaki. Beliau membahagikan cara menjana pendapatan kepada 4 kuadran. Beliau menyarankan jika kita ingin membebaskan diri dari belenggu kewangan sepenuhnya, kenalah mula bergerak ke Kuadran 3 Perniagaan atau Kuadran 4 Pelaburan. Kuadran 4 dianggap terbaik kerana di sinilah wang membuat wang berlaku tanpa sebarang usaha dari pelabur kecuali pemantauan berkala. Jadi sekiranya anda berada dalam Kuadran 1 Makan Gaji berusahalah untuk bergerak secara beransur-ansur ke Kuadran 2 atau Kuadran 3. Tidak mustahil sebenarnya untuk seorang itu bergerak dari Kuadran 1 ke Kuadran 4 jika dia berjimat cermat atau kenaikan gajinya setanding dengan inflasi.



Berapa peratuskah hasil pendapatan anda sekarang pasif? Mulakan bertukar Kuadran daripada aktif kepada pasif. Ini akan memberikan lebih banyak masa untuk anda melakukan apa yang anda suka ketika waktu yang anda mahukan. Jangan korbankan pendapatan sekarang,cuba satu punca pendapatan pasif setiap tahun.

Berikut adalah beberapa jenis punca pendapatan pasif yang boleh anda buat kajian:

• Pelabur yang mendapat dividen bulanan atau tahunan
• Pemilik hartanah yang menyewakan rumah atau tanah
• Penulis yang menerima royalti daripada buku tulisan mereka
• Usahawan yang mendapat keuntungan bisnes
• Agen insurans yang mendapat pendapatan sampingan
• Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka
• Ahli jualan langsung yang menerima komisen bulanan

Pelabur Biasa Vs. Pelabur Hebat



Lazimnya terdapat 2 ciri utama tabiat pelabur.

Tabiat mereka inilah yang menentukan sama ada mereka mampu ‘Buat Duit’ atau tidak melalui pelaburan, terutamannya pelaburan Unit Amanah.

Ramai orang yang terdedah dalam industri pelaburan mengatakan terdapat hampir 90% pelabur mempunyai tabiat yang kurang tepat terhadap pelaburan mereka. Betulkah kenyataan itu? Saya tidak pasti, tetapi mengikut kajian-kajian psikologi memang ramai orang yang akan suka bertindak ‘terbalik’. Ia sama seperti hanya 5% sahaja orang yang berani dan mencari sebab untuk berjaya, sedang 95% lagi adalah orang yang suka memberi alasan serta lebih selesa berada pada tahap biasa. Mereka memanggil pelabur-pelabur itu sebagai ‘Pelabur Biasa’.

Para ‘Pelabur Biasa’ lazimnya tidak percaya kepada matlamat kewangan mereka, sesetengahnya langsung tidak meletakkan objektif kepada pelaburan mereka. Mereka mudah panik apa dengan turun naik pasaran serta banyak menggunakan emosi/perasaan untuk membuat keputusan. Mereka lebih suka dan percaya kepada pandangan dan nasihat individu tidak berkaliber yang menyebelahi emosi mereka.

Berlainan dengan ‘Pelabur Hebat’. Para pelabur ini, memang suka melabur. Mereka sanggup menimba ilmu untuk mengetahui potensi dan cara untuk mencapai matlamat kewangan mereka melalui pelaburan. Mereka bercita-cita untuk kaya dan akan mengambil tindakan diatas setiap peluang untuk memastikan matlamat mereka tercapai.

Lazimnya, ‘Pelabur Hebat’ tidak mudah panik. Mereka mempunyai objektif pelaburan yang jelas. Mereka tidak akan mengganggu pelaburan mereka sehinggalah matlamatnya tercapai. Bagi yang lebih agresif, pastinya mereka akan terus menambah pelaburan mereka. Mereka tidak takut rugi, mereka mahu untung dan mahu laksanakan strategi yang menguntungkan.

Mereka juga tidak suka terburu-buru kerana mereka amat faham bahawa setiap pelaburan dan untung perlukan masa yang tertentu. Bagi mereka adalah jika menanam pokok untuk menuai hasilnya sebelum pokok itu tiba masa untuk berbuah.

Dollar Cost Averaging (DCA)



Ia merupakan satu teknik pelaburan yang digunakan untuk mengurangkan pendedahan kepada risiko yang berpunca dari pembelian tunggal yang besar.

Ia dilakukan dengan membuat pelaburan dalam satu jumlah yang tetap setiap bulan atau setiap penggal ke dalam mana mana unit saham amanah tunggal, tanpa menghiraukan harga unitnya. Contohnya, anda boleh memilih untuk membuat pembelian saham bulanan sebanyak RM100 atau RM 200 kepada satu dana unit amanah saham. Atau mungkin juga anda membuat pembelian yang besar sedikit sebagai contoh RM 500 atau RM 1000 setiap penggal atau suku tahun.

Lebih banyak unit dibeli apabila harga unit sesaham rendah dan unit kurang dibeli jika harga unit sesaham tinggi

Dollar Cost Averaging(DCA) adalah bagi seseorang pelabur yang ingin mencari perlindungan daripada kehilangan nilai pasaran tidak lama selepas dia membuat pelaburan. Walaupun Pemurataan Kos Ringgit boleh menjadi satu cara pelaburan efektif, ia tidak menjaminkan keuntungan ataupun melindungi pelaburan daripada kerugian dalam pasaran yang merosot pada masa sesingkat musim pelaburan menurun. Untuk pelaburan jangka panjang, ia sesuatu yang masih lebih baik lagi.

Untuk itu anda mesti terus membeli unit unit dalam pasaran pasaran menaik dan menurun supaya strategi ini menjadi berkesan. Oleh itu, anda patut memilih satu jumlah yang anda berasa selesa untuk melabur di bawah semua keadaan pasaran.

Untuk menjelaskan lagi Pemurataan Kos Ringgit dengan lebih baik,andaikan anda ingin menyimpan RM 1200 setiap tahun untuk tabung pendidikan anak anda. Selain daripada melaburkannya sekaligus dan menanggung risiko memasuki semasa apasaran adalah tinggi, anda memutuskan untuk melabur RM 100 setiap bulan dalam satu unit amanah saham seperti yang ditunjukkan jadual dibawah.


Teknik ini digunakan oleh ramai jutawan-jutawan untuk menggandakan wang mereka tanpa memikirkan market naik atau turun.

Kisah Para Jutawan




Setidaknya sekali dalam hidup – kita pernah mengimpikan untuk menjadi seorang jutawan yang mempunyai banyak wang. Apakah yang akan anda lakukan jika anda seorang jutawan? Mari kita intip beberapa orang kaya yang paling berhemah di dunia.

Warren Buffett
Jutaan orang membaca buku Buffett dan mengikuti apa yang dilaburkan syarikatnya, Berkshire Hathaway, dalam setiap gerakan di pasaran saham. Namun rahsia sebenarnya untuk kekayaan peribadi Buffett mungkin kerana tabiatnya untuk berhemah dalam perbelanjaan. Buffett, bernilai sekitar $ 47 bilion, walaupun mampu memiliki rumah mewah dan barang-barang mewah namun dia dan isterinya masih tinggal di rumah sederhana mereka di Omaha, Nebraska yang mereka beli hanya $ 31,500 semenjak lebih 50 tahun yang lalu.

Walaupun dia makan di restoran terbaik di seluruh dunia, sekiranya diberikan pilihan, dia akan memilih burger dan kentang goreng dengan Coke Ceri yang sejuk sebagai minuman. Ketika ditanya mengapa ia tidak mempunyai kapal persiaran, dia menjawab "semua ini hanya umpama rantai yang mengikat leher."



Carlos Slim
Sementara sebahagian besar penduduk dunia mengenali Bill Gates, nama Carlos Slim jarang kedengaran. Tapi anda perlu kenal dengan nama ini. Slim ialah seorang penduduk asli di Mexico dan merupakan jutawan yang terkaya di dunia – lebih tepat lagi dia lebih kaya dari pengasas Microsoft yang terkenal itu. Slim bernilai lebih daripada $ 53 bilion, dan sementara ia mampu memiliki semua kemewahan dunia tetapi dia juga sangat berhemah dalam perbelanjaannya. Dia, seperti Buffett, tidak mempunyai kapal persiaran atau kapal dan dia telah tinggal di rumah yang sama selama lebih dari 40 tahun.





Ingvar Kamprad
Beliau adalah pengasas fenomena perabot dari Sweden, Ikea. Untuk Kamprad, memikirkan cara untuk menjimat duit bukan hanya untuk dirinya tetapi juga untuk pelanggannya, itulah prinsip peribadinya yang tertinggi. Beliau pernah berkata "Orang Ikea tidak memandu kereta-kereta mewah mahupun tinggal di hotel mewah." Kata itu kota. Kata-kata itu benar untuk pengasasnya juga. Dia menaiki kapalterbang kelas ekonomi dan ketika dia perlu pergi ke kawasan setempat di bandar, dia akan samaada menaiki bas atau memandu kereta Volvo 240 GL yang telah berusia lebih 15 tahun.



Chuck Feeney
Berdarah kacukan Ireland / Amerika dan dibesarkan di zaman kemurungan sebagai mungkin telah membentuk Feeney menjadi seorang yang berhemah. Dengan motto peribadi "saya keluar untuk bekerja keras dan bukan untuk kaya," beliau adalah salah seorang daripada pengasas syarikat Duty Free Shoppers dengan diam-diam menjadi jutawan dan dengan diam-diam juga menyumbangkan hampir semuanya melalui yayasannya, Atlantik Filantropi. Selain memberikan lebih dari $ 600 juta kepada Cornell University disamping memberikan jutaan dolar untuk sekolah, jabatan penyelidikan dan hospital.

Tidak suka membuang masa, Feeney mengalahkan baik Buffett dan Kamprad dalam kategori sumbangan, memberikan sumbangan yang kurang sedikit dari Ford dan Yayasan Bill dan Melinda Gates. Seorang pengguna pengangkutan awam, Mr Feeney juga terbang menaiki kelas ekonomi, membeli pakaian dari kedai-kedai biasa dan tidak wang tidak membazirkan wang kepada almari kasut yang luas, Katanya "Anda hanya boleh memakai sepasang kasut pada waktu". Dia mendidik anak-anaknya dengan cara yang sama, menyuruh mereka bekerja di musim panas yang sama seperti kebanyakan remaja lain.

Frederik Meijer
Sekiranya anda tinggal di Midwest Amerika kemungkinan besar bahawa anda akan berbelanja di rangkaian kedai runcit Meijer. Meijer bernilai lebih daripada $ 5 bilion dan hampir setengah dari kekayaan yang dikumpulkannya itu ialah ketika orang mengalami kemeruduman ekonomi pada tahun 2009. Seperti Buffett beliau membeli kereta yang sederhana dan memandunya selama jangkamasa hayatnya. Seperti Kamprad dia memilih motel ketika di perjalanan untuk bekerja. Juga, seperti Chuck Feeney, beliau tidak menghabiskan kekayaannya sebarangan. Mr Meijer fokus kepada kebaikan yang dapat diberikan kepada masyarakat.

Apa yang boleh saya katakan ialah mereka semua punya sifat-sifat yang disarankan Islam ;

· Membeli apa yang perlu dan bukan apa yang mereka mahu
· Tidak membuang masa
· Gigih dan rajin bekerja
· Menyumbang dan bersedekah
· Berjimat dan berhemah dalam perbelanjaan
· Melakukan amal jariah
· Bersederhana
· Membawa manfaat kepada yang ramai
· Dan lain-lain lagi.


Mungkin semua faktor-faktor inilah yang menyebabkan kekayaan mereka semakin bertambah dari masa ke semasa. Mereka sebenarnya membawa manfaat kepada yang ramai dengan memberikan peluang pekerjaan, produk dan perkhidmatan yang digunakan umum, sumbangan yang membantu sekolah, universiti, hospital dan sebagainya.

Sesungguhnya orang yang paling baik adalah orang yang membawa manfaat kepada yang ramai.

Fikir-fikirkanlah..

Apapun segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Kelebihan Simpanan Bulanan



Kita tahu bahawa kita harus menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada rezeki kita untuk masa hadapan. Sekiranya pendapatan kita RM2,000, perlu simpan RM200. Sekiranya suami isteri (anggap keduanya berpendapatan RM2,000) maka, simpanan bulanan adalah RM400.

Nak jadi jutawan, agak lama pada kadar pulangan pelaburan 10%- lebih 30 tahun!. Tetapi, perlu ingat 3 faktor yang kita tidak mengambil kira:

Sekiranya makan gaji, gaji akan naik apabila diberi masa melalui pengalaman.
Sekiranya menjalankan perniagaan, pengalaman akan mengajar memaksimakan keuntungan apabila diberi masa.
Sekiranya makan gaji, EPF juga akan menambahkan simpanan & pelaburan kita di masa hadapan.
Sebenarnya, untuk mencapai simpanan RM1 juta, tidak sesukar yang disangka. Hanya perlu menyimpan secara berterusan dan berdisiplin.

Contoh:

Suami isteri yang berpendapatan RM2,000 seorang dan menyimpan/melabur 10% iaitu RM400 setiap bulan, akan berjaya mencecah RM1juta dalam masa 32 tahun (lebih kurang). Tetapi, masanya agak lama!

Namun, apabila di kira EPF, untuk mencapai RM1 juta, ia mengambil masa dalam lingkungan 25-30 tahun. Masih lagi lama!

Tetapi, sekiranya pendapatan mereka bertambah RM200 setahun, dan masih menyimpan 10%, untuk mencapai RM1juta adalah kurang dari 25 tahun!

Kini, mencapai angka 1 juta adalah milik semua, walaupun berpendapatan sederhana

ASB/ASN Haram – Jabatan Mufti Negeri Selangor


Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal. Hal ini kerana ia masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:

Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional.Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal. Hal ini kerana ia masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:

Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional.

Sila lawati laman web Jabatan Mufti Negeri Selangor , http://www.muftiselangor.gov.my/

Peta Kewangan


Apakah Objektif Pelaburan Anda?

Can you Retire?

Why Risk Management?

Protecting income and asset loss due to uncertainties and risks, e.g. accident, disaster, disability, death and diseases.

Type of Risk

Financial Risk - Separating personal wealth and business with clear boundary and solid protection against business creditors by setting up Trust
Longevity Risk - Outliving retirement fund by investing in Annuity and Medical Insurance
Succession Risk - plan early and develop a succession plan
Diversification Risk - putting your nest egg in a few baskets (not wholly in your business)

Type of Insurance:

Life Insurance
Health & Medical Insurance
Property & Motor Insurance
Personal Accident Insurance
Group Insurance
Business Insurance
Annuities
Takaful Insurance

Why Group Insurance ?

"It insures lives in large groups (normally more than 10 pax) at low rate of premium for
business corporations, labor unions, associations, etc."

The usual plans are:

Group Personal Accident
Group Hospitalization
Group Retirement Scheme
Multiple Benefits Scheme
Group Term Life

Benefits

Cost saving in employee medical expenses, death or disablement compensation
Effective budget control and financial management
Improve employee loyalty and productivity
Attract the best potential employees

Why Health & Medical Insurance?

"It protects financial losses arising from confinement to the hospital due to illness/injury; or pays a contract sum on the diagnosis of specified diseases"

Benefits

Reduce financial burden and financial hardship
Access to the best medical treatment and increase chance of recovery
Hassle free admission and immediate attention
Receive immediate benefit while still alive
Premiums are normally entitled for tax relief

What is Life Insurance?

The primary objective of protection is to reduce the financial
impact that due to the loss of income or profit because
suffered from the risks of death, disablement, diseases
and disaster.

"It guarantees a specific sum of money to a designated
beneficiary upon the death or disablement of the insured,
or to the insured if he/she lives beyond a certain age."

Benefits
Protect your future income capacity
Guarantee immediate & lump sum cash to your dependents
Regular and systematic saving
Most economic cost in managing risks, i.e. a few cents for a dollar
Premiums are entitled for tax relief

Why Retirement Planning?

"Almost quarter of our life spends on retirement period of no salaried income.
Thus building a nest-eggs that sufficiently support expenses, this require proper planning"

Benefits

Sufficient capital for comfortable retirement
Specifically and realistically in assessing retirement needs
Avoid financial shortage and disaster, or becoming financial-dependence
Plan ahead and have time to save and invest

Five Retirement Planning Facts

1. Insufficient of Saving

- Assume the EPF will be enough for thier retirement
- Putting all their money into business venture
- Underestimate the required retirement funds due to unexpected inflation rate





2. No Pre-determined Retirement Age

- No proper business exit and business succession plan
- Retire before they are expected to or before they are financially ready
- Chances of retiring earlier than expected due to:
a) unforseen family concerns
b) business failure
c) health problem
d) family's influences


3. Failing to Deal with Inflation

- fail to recognize retirement income needs to increase to keep pace with inflation
- Inflation is a fact of life, increasing living expenses, health care cost and etc
- Inflation fact from 1961-2004:
a) Average 3.3% per year
b) What RM1 can buy in 2006 would cost you RM1.63 in 2020 (assuming inflation rate run at 3.3%)

Rising cost of Health Care: Outpacing Inflation




Escalating Retirement Cost





4. No Proper Plan For Sources of Retirement Income

- For businessman, most of them depend solely from business, which is uncertain and difficult to ascertain its values
- Unavailability from other sources such as EPF, private retirement scheme, personal savings, etc. because most of their money are reinvested and tied in the business




5. Living Longer Than Planned

- Under estimate their future lifespan, people live longer due to medical advancement
- Outliving their retirement funds

How Unit Trust Works?

Parties that involved in the Unit Trust Fund management:


1) Unit holders
2) Trustee company
3) Fund manager
4) Asset management company

Below figure illustrates how Unit Trust works for your money:


What is Unit Trust?

"A Unit Trust is a vehicle which enables individuals, corporations and institutions who have common investment objectives to pool their money and the professional fund managers than used this pooled money to acquire investments that would meet these objectives."

Benefits of investing in Unit Trust

Access to professional fund management
Minimization of Risk through diversification by spreading investment in broad range of asset classes and portfolio management
Liquid investment and ease of redemption
Expose to most security with minimum outlay of capital
Able to practice dollar-cost-averaging strategy

Why Investment is Needed?

The primary objective of investment is that the invested asset will provide income in the future or appreciate and be sold at a higher price, in which the investor has to forgoing current consumption for greater consumption in the future.

What is Investing?

Investing is:

•The outlay of money usually for income or profit
- Webster Dictionary
Allow your money work for you and enhance your wealth!

Investing is NOT:
•Gambling - to bet on an uncertain outcome
•Speculating - to assume a business risk in hope of gain;
especially : to buy or sell in expectation of profiting from
market fluctuations; to take to be true on the basis of
insufficient evidence

How to start?

•Step 1: Know yourself
What are your investment objectives?
•What are your constrains?
•What risk level are you comfortable with?
•How much time do you want to spend on investment?
•What is your edge?

Step 2: Know the investment option

What are the investment option available?
•Who can you engage? E.g. financial planner / consultant,
bank, unit trust company, unit trust consultant & etc
How is the engagement procedure?

Simpanan Pendidikan

Apa akan terjadi jika kos pendidikan meningkat sebanyak 5% setahun sepanjang 15 tahun? Sila lihat ini:


Sudahkah anda mempunyai dana pendidikan untuk anak anda ?

What the mind believes.... the body can achieve !



“If you don’t believe in yourself, don’t ask anyone else to do so.”
-Napoleon Hill, Positive Action Plan

The journey to success begins with self-confidence. You must first believe in your own mind that you can achieve your goal. When you have doubts and insecurities you are telling yourself that you cannot accomplish your objective. In other words, if you think you’re going to fail, you will. When you exude doubtfulness other people also pick up on that. When you behave like a confident person, however, others get excited about your aspirations and want to become a part of your success. Other people will not go out of their way to help someone reach a goal if the individual doesn’t even believe they can reach it! But, when exude confidence, passion, and positive energy others will latch onto that and doors will open for you!

There are some simple ways of improving your self-confidence if you are lacking. Visualizing your success is key. Successful people envision reaching their goals, not failing! Make a vision board of everything you’d like to accomplish this month, this year, or in your life time. Make sure your vision is in a place where you can see it on a daily basis. You can also write down a list of all of your positive attributes and accomplishments and read them out loud to yourself every day. You will be training your brain to believe in these positive attributes, and therefore in yourself. Take pride in your accomplishments. Once you start to believe in yourself mentally, it’s time to start acting like a confident person! Acting confident around others make take some practice. Even if you are nervous, fake it! Breathe deeply and SMILE. Smiling will relax you and others will respond positively to you. By faking it, you are actually training your brain to relax in challenging situations and eventually you will be smiling, relaxed and confident in all situations!

Improving your self-confidence will help you in your journey to success. It starts with you. You must believe in you! Once you believe in yourself, others will be attracted to that confidence, and they will believe in you, too. When you have a great team of supports behind you, you can do anything! Amazing things will happen, you will meet people that can help you along the way, give you wonderful opportunities and celebrate all the little successes along the way.

You want something. Go get it. Period.

2nd richest man on Earth “Warren Buffet”



Live Life to the Fullest…………

There was a one-hour interview on CNBC with Warren Buffet, the second richest man who has donated $31 billion to charity. Here are some very interesting aspects of his life:

1. He bought his first share at age 11 and he now regrets that he started too late!

2. He bought a small farm at age 14 with savings from delivering newspapers.

3. He still lives in the same small 3-bedroom house in mid-town Omaha that he bought after he got married 50 years ago. He says that he has everything he needs in that house. His house does not have a wall or a fence.

4. He drives his own car everywhere and does not have a driver or security people around him.

5. He never travels by private jet, although he owns the world’s largest private jet company.

6. His company, Berkshire Hathaway, owns 63 companies.
He writes only one letter each year to the CEOs of these companies, giving them goals for the year. He never holds meetings or calls them on a regular basis.
He has given his CEO’s only two rules.

Rule number 1: do not lose any of your shareholder’s money. Rule number 2: Do not forget rule number 1.

7. He does not socialize with the high society crowd. His past time after he gets home is to make himself some pop corn and watch Television.

8. Bill Gates, the world’s richest man met him for the first time only 5 years ago. Bill Gates did not think he had anything in common with Warren Buffet. Therefore, he had scheduled his meeting only for half hour. However, when Gates met him, the meeting lasted for ten hours and Bill Gates became a devotee of Warren Buffet.

9. Warren Buffet does not carry a cell phone, nor has a computer on his desk.

His advice to young people: “Stay away from credit cards and invest in yourself and
Remember:
A. Money does not create man but it is the man who created money.
B. Live your lives as simple as you are.
C. Don’t do what others say, just listen them, but do what you feel good.
D. Don’t go on brand name; just wear those things in which u feel comfortable.
E. Don’t waste your money on unnecessary things; just spend on them who in need rather.
F. After all it’s your life then why gives chance to others to rule our life.”

5 Langkah Perancangan Kewangan Anda

Terdapat 5 langkah mudah dalam Perancangan Kewangan kita, iaitu:

1. Pastikan Impian Hidup.
> Senaraikan impian hidup anda dan anggarkan berapa banyak wang yang anda perlukan untuk mencapai impian anda itu.

2. Pertimbangkan Keadaan Kewangan Anda.
> Buat semakan terperinci keperluan kewangan, tanggungan dan hutang anda. Ini perlu dilaksanakan untuk memastikan bahawa anda mempunyai wang yang cukup untuk melabur.

3. Tetapkan Sasaran Kewangan.
> Buat sasaran kewangan yang munasabah untuk anda. Pastikan sasaran kewangan yang anda tetapkan itu mempunyai tempoh yang sesuai. Jika anda tidak mempunyai wang banyak untuk melabur, janganlah berputus asa. Seharusnya anda perlu bersabar serta memberi tumpuan untuk melabur sedikit demi sedikit serta pelaburan itu perlu dilakukan secara konsisten. Bak kata pepatah " sikit-sikit lama-lama mejadi bukit".

4. Pilih Strategi Pelaburan dan Produk Pelaburan Yang Sesuai.
> Dalam melakukan sesuatu pelaburan, semakin tinggi pulangan yang dijanjikan kepada anda, ini bermakna semakin tinggi risiko yang perlu anda hadapi. Oleh yang demikian, anda perlu memilih produk pelaburan yang selari dengan tahap risiko yang sanggup anda hadapi.

5. Memantau Perancangan Kewangan Anda.
> Semak perancangan kewangan anda selalu dengan memastikan samada terdapat apa-apa perubahan terhadap keperluan, tanggungan dan pelaburan anda. Ini membolehkan anda membuat perubahan yang sewajarnya terhadap cara anda berbelanja, menyimpan dan melabur.

Inflasi





Inflasi adalah sesuatu keadaan ekonomi di mana berlaku kenaikan harga (kebanyakan barang dan perkhidmatan) yang berterusan..
Punca-punca berlakunya inflasi.

1. Inflasi Tarikan Permintaan
Berlaku apabila bekalan barangan dan perkhidmatan tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan. la berpunca daripada pertambahan permintaan secara tiba-tiba dalam jangkamasa pendek. Pengeluar kesuntukan masa untuk menambah pengeluaran bagi memenuhi permintaan. Peniaga pula mengambil kesempatan untuk memperolehi keuntungan yang lebih.

2. Inflasi Tolakan Kos
Berlaku apabila kos pengeluaran meningkat. Pengeluar akan memindahkan kos yang ditanggungnya kepada pengguna dengan menaikkan harga barangan atau perkhidmatan untuk mengekalkan keuntungan. (APA YANG BERLAKU SEKARANG, SELEPAS PENINGKATAN HARGA MINYAK DUNIA)-harga minyak turut mempengaruhi kenaikan harga2 barang keperluan...kita sebagai pengguna tiada pilihan.

3. Inflasi Bekalan Wang
Berlaku apabila bekalan wang meningkat melebihi bekalan barangan atau perkhidmatan dalam pasaran. Inflasi ini biasanya berlaku semasa peperangan. Wang yang banyak dicetak untuk membiayai perbelanjaan peperangan. Wang yang akhirnya menyebabkan inflasi. Oleh itu adalah penting untuk mempastikan peningkatan bekalan wang pada tahap tertentu bersesuaian dengan barangan dan perkhidmatan yang ada di pasaran setiap masa. (AMERIKA SEDANG MENGHADAPI KRISIS INI)-krisis sebegini jarang berlaku dinegara2 membangun..

4. Inflasi Pentadbiran Harga
Berlaku apabila hanya terdapat sebuah syarikat (monopoli) atau sebilangan kecil syarikat (oligopoli) yang membekalkan barangan atau perkhidmatan, pengeluar biasanya mempunyai kuasa untuk menentukan harga. Jika pengeluar menggunakan kuasa itu, harga akan meningkat. Pengguna tidak mempunyai pilihan dan terpaksa membeli pada paras harga yang ditentukan oleh pengeluar atau pembekal. Pengeluar atau pembekal berkemungkinan akan menaikkan harga barangan atau perkhidmatan untuk menikmati keuntungan yang lebih besar sama ada kos meningkat atau tidak. Harga sedemikian dipanggil harga pentadbiran. (CONTOH TERBAIK, ASTRO MEMONOPOLI SIARAN TV KABEL)

5. Inflasi Yang Diimport
Faktor-faktor luar negara juga boleh menyebabkan inflasi. Apabila kos bahan-bahan mentah, barang siap atau perkhidmatan yang diimport dari luar negara meningkat, ia akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan di pasaran tempatan meningkat tanpa mudah disedari. Kenaikan harga barangan import boleh berlaku secara langsung iaitu inflasi yang berlaku di negara pengeksport atau ticlak langsung melalui perubahan kadar pertukaran wang asing yang memlhak kepada negara pengeksport. (INI BIASA BERLAKU, KERANA KEADAAN EKONOMI SESEBUAH NEGARA BERUBAH-UBAH)

LANGKAH MEMBENDUNG INFLASI
1. Mengawal Permintaan
Jumlah permintaan melebihi jumlah penawaran di pasaran menyebabkan harga meningkat. Oleh itu adalah perlu untuk mengekalkan jumlah permintaan pada tahap yang munasabah.
2. Mengawal Bekalan
Dilakukan dengan cara meningkatkan bekalan melalui peningkatan produktiviti, memperbaiki jaringan pengedaran, mengimport bahan mentah yang lebih murah dan mengurangkan pembaziran merupakan langkah berkesan untuk mengurangkan tekanan inflasi.
3. Polisi Ekonomi Makro
Tindakan Kerajaan melalui pengurusan cukai, kewangan dan pentadbiran untuk menentukan halatuju pembangunan negara.
PERANAN PENGGUNA MENGHADAPI INFLASI
* Jangan beli semasa harga tinggi. Beli semasa ditawarkan harga rendah.
* Elakkan pembaziran, berjimat dan membeli apabila perlu sahaja dan mengikut rancangan perbelanjaan dan kemampuan anda.
* Cari kedai yang menawarkan harga yang berpatutan serta yang meletakkan tanda harga.
* Dapatkan harga terbaik juga dengan cara tawar-menawar jika dapat dilakukan.
* Pengguna perlu memainkan peranan sebagai pengeluar atau pemberi khidmat untuk meningkatkan produktiviti mereka.
* Pengguna/pengeluar hendaklah beretika.
* Memperbaiki yang lama lebih baik daripada membeli baru, jika ekonomik.

harap pembaca semua faham tentang inflasi...

contoh paling mudah untuk faham ttg inflasi:-

saya gunakan rm1 sebagai contoh

pada tahun 1970an dengan RM 1 kita boleh beli 4 cawan kopi.

pada tahun 1980an dengan RM 1 kita boleh beli 2 cawan kopi.

pada tahun 1990an dengan RM 1 kita boleh beli 1 cawan kopi.

dan sekarang dengan RM 1 kita hanya dapat setengah cawan shaja..

"you buy less for the same ringgit you have"

so cuba bayangkan pada masa depan semakin lama nilai wang kita semakin kecil dan meyusut...jadi mari kita gandakan simpanan pelaburan di UNIT amanah ...

Why Invest in Unit Trust?




TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY





LATAR BELAKANG TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY
Umur – 53 tahun
Pendidikan – SPM
Mula berniaga – 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Kekayaan -RM1,425 juta
Ke 7 terkaya di Malaysia
Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)

Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary

TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal.

Latar belakang kehidupan

Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.

Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.
Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.

Pendidikan

Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal’s.

Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.

Membantu keluarga

Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama.

Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira. Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.

Mula berniaga

Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.

Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.

Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.

Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu.

Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.

Menubuhkan syarikat

Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar.

Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.
Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras.

Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus. Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.

Perniagaan terus berkembang

Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.

Setahun selepas Bukhary Sdn. Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi.

Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.

Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn. Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor.

Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.

Strategi tersendiri

Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China. Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.

Perniagaan pakaian

Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan.
Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.

Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai.

Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.

Perniagaan perkapalan

Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta.

Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta – USD600,000).

Pada masa yang sama, beliau mula membabitkan diri dalam sektor pembangunan hartanah. Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.

Penglibatan dalam projek penswastaan

Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn. Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.

Kepentingan

Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.

Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan. Manakala 18.7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.

Objektif penubuhan Yayasan al-Bukhary

Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban.
Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya.

Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.

Projek-projek utama Yayasan al-Bukhary

Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka siap pada akhir tahun 2004. Kompleks itu kelak memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.

Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara.
Sumbangan dalam bidang pendidikan

Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.

Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan.

Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.